Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23
Notis Mesyuarat
Koperasi Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang Berhad
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23
Tarikh : 29 Ogos 2018
Masa : 1.45 petang
Tempat : Dewan SMJK Perempuan China P.Pinang
(Kehadiran adalah wajib bagi semua anggota Koperasi Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang Berhad)
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang terdahulu.
- Menimbang Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman.
- Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi (Dari 1 Mei 2017 hingga 30 April 2018).
- Memilih Anggota Lembaga.
- Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan akan datang. (Dari 1 Mei 2018 hingga 30 April 2019)
- Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga, Juruaudit Dalaman dan wakil-wakil jualan.
- Meluluskan perlantikan firma audit.
- Melantik jawatankuasa untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan.
- Mengisytihar dan menerbit dividen syer serta meluluskan Pembahagian Keuntungan Honorarium.
- Mencadang dan meluluskan pembahagian keuntungan bersih ke Kumpulan Wang Koperasi.
- Hal-hal lain.
Filed under: Activities / Events, Announcements, Co-curriculums' Blog on July 31st, 2018
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.