Di sini memaklumkan kepada semua murid bahawa AGM Koperasi Ke-19 Tahun 2014 akan diadakan pada bulan September. Terima kasih.
Tarikh : 30.09.2014
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Sekolah
Filed under: Announcements on September 29th, 2014 | No Comments »
Pada 23 Ogos 2014, selepas mesyuarat ALK diadakan, penyemakan stok koperasi dan aktiviti gotong royong telah diadakan di kedai koperasi. Dengan kerjasama semua ahli koperasi, aktiviti penyemakan stok dan aktiviti gotong-royong telah dijalankan dengan lancar.
Ahli-ahli koperasi sedang mengira jumlah baju kemeja-T sekolah bersama-sama dengan guru.
Beberapa murid sedang menjalankan tugas masing-masing semasa aktiviti gotong royong dijalankan.
Kelihatan seorang ahli koperasi sedang menyapu lantai supaya sentiasa bersih.
Filed under: Activities / Events on September 27th, 2014 | No Comments »
Di sini memaklumkan kepada semua ALK bahawa mesyuarat ALK dan penyemakan stok koperasi akan diadakan pada bulan Ogos dan semua ALK dikehendaki menghadiri. Terima kasih.
Tarikh : 23.08.14
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat & Kedai Koperasi
Filed under: Announcements on August 17th, 2014 | No Comments »
Satu kuiz koperasi telah diadakan untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli tentang koperasi sekolah. Kuiz koperasi telah diadakan pada 04.07.14 di bilik masakan sekolah pada pukul 10.30 pagi.
Filed under: Activities / Events on August 17th, 2014 | No Comments »
Pada 27.06.14 iaitu hari Jumaat, Hari Sukan telah diadakan di sekolah. Pelbagai makanan dan minuman telah dijual pada hari itu.
Ahli-ahli koperasi Tingkatan 6 sedang menjual piza.
Makanan seperti tempura dan spageti juga dijual semasa Hari Sukan.
Murid sedang membeli minuman daripada ahli koperasi.
Pelbagai jenis aiskrim telah dijual kepada murid-murid.
Filed under: Activities / Events on August 17th, 2014 | No Comments »
Pada 17.06.14, sekolah kita telah meraikan Hari Koperasi Sekolah yang bertema ‘Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara’.
Guru besar, Cik Yeo Eng SIm sedang memberikan ucapan selaku Pengerusi Koperasi Sekolah.
Ahli-ahli Tingkatan 6 memberikan ucapan pada Hari Koperasi Sekolah.
Murid-murid Tingkatan 6 menerima biasiswa yang diberi oleh Koperasi Sekolah.
Semua ahli Tingkatan 5 & 6 diberi sijil penghargaan atas sumbangan mereka.
Filed under: Activities / Events on August 11th, 2014 | No Comments »
Pada 26 April 2014 iaitu hari Sabtu, penyemakan stok akhir koperasi dan aktiviti gotong royong telah dijalankan di kedai koperasi.
Ahli sedang menyemak stok kalkulator.
Ahli sedang menyusun stok alat tulis untuk dikira.
Alat tulis pen dikira oleh ALK semasa penyemakan stok.
Ahli menyemak stok baju rumah sukan dengan teliti.
Guru memasukkan bilangan stok yang betul ke dalam komputer.
Ahli sedang mengelap kabinet supaya kelihatan bersih.
Guru membersihkan rak dengan menggunakan mesin pembersih hampagas.
Filed under: Activities / Events on May 28th, 2014 | No Comments »
Filed under: Cake Promotions on April 27th, 2014 | No Comments »
Di sini memaklumkan kepada semua ALK bahawa penyemakan stok akhir koperasi dan aktiviti gotong-royong akan diadakan pada 26 April 2014. Kehadiran ALK adalah diwajibkan. Sekian, terima kasih.
Tarikh : 26.04.14
Masa : 9 pagi – 1 tengah hari
Tempat : Kedai Koperasi
Filed under: Announcements on April 10th, 2014 | No Comments »
Kepada murid-murid,
Adalah dimaklumkan bahawa kedai koperasi sekolah akan ditutup seminggu iaitu dari 28.04.14 (Isnin) hingga 02.05.14 (Jumaat) untuk penyemakan stok. Kedai koperasi akan dibuka semula pada 05.05.14 (Isnin). Sehubungan dengan itu, sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.
Filed under: Announcements on March 30th, 2014 | No Comments »